Benarkah Burung Cenderawasih Berasal Dari Syurga?









Tahukah anda sampai hari ini masyarakat Eropah percaya, burung cenderawasih adalah burung syurga.

Mengikut nama saintifik, burung cederawasih ditulis sebagai Genus Paradisaea. Mengikut beberapa rekod pelayaran, masyarakat cendekiawan haiwan di Eropah mengklasifikasikan nama burung itu sebagai genus syurga kerana burung itu dipersembahkan kepada mereka tanpa kaki.



Mengikut beberapa catatan, pada tahun 1522, ahli pelayaran Antonio Pigafetta dan Fernando de Magelhanes menjadi individu pertama yang telah membawa burung berkenaan ke Eropah.



Mengikut rekod, Antonio Pigafetta telah mempersembahkan burung ini sebagai hadiah kepada raja Sepanyol.



Oleh sebab bulu burung ini yang sangat cantik, ia kemudiannya menjadi barang dagangan yang sangat bernilai di Eropah.



Bagi meninggikan lagi nilainya di kalangan masyarakat, para pedagang menyebarkan kisah kononnya burung ini berasal dari syurga dan hanya terbang di udara tanpa henti hinggalah ia mati. Sebab itulah kakinya tiada!




Kisah ini lama-kelamaan menjadi pegangan masyarakat termasuk para pengkaji haiwan era 1500. Sebenarnya, para pedagang telah memotong kaki burung ini sebelum dihantar ke Eropah. Ini kerana, para pedagang ini percaya, kaki burung cenderawasih boleh menyebabkan bulunya rosak.



Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, mereka memotong kaki burung ini dan menyebarkan cerita kononnya burung itu berasal dari syurga.










0 Response to "Benarkah Burung Cenderawasih Berasal Dari Syurga?"

Post a Comment