Umum mengetahui bahawa pengacara terkenal Awal Ashaari baru-baru ini telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran R&R Ayer Keroh Melaka, apabila kenderaan Awal yang dipandu oleh rakannya Izuan Mokhtar hilang kawalan.
Saya tahu selalunya apabila berlakunya kemalangan, ada saja orang yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian yang berlaku terutamanya mencuri barang- barang mangsa.Bagi saya itu tidak patut kerana mereka perlu menghulurkan bantuan. Saya juga mengalami nasib yang sama apabila beberapa barangan keperluan penggambaran milik saya diambil. Peliknya kasut yang saya pakai pun boleh hilang. Mujurlah dompet saya tidak dicuri.
Masih lagi trauma dengan kemalangan yang berlaku. Awal mengingatkan semua agar berhati-hati sewaktu memandu.
0 Response to "Barang Awal Ashaari Dicuri Sewaktu Kemalangan"
Post a Comment