AIDANA BAIZIEVA ADALAH SAHABAT JURUTERBANG HELIKOPTER

Abdul Samah berkata, berdasarkan keterangan rakan dan siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis yakin Aidana Baizieva adalah kenalan juruterbang helikopter itu dan tidak mempunyai hubungan dengan empat mangsa lain


Abdul Samah berkata, berdasarkan keterangan sahabat & siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis yakin Aidana Baizieva adalah kenalan juruterbang helikopter itu & tidak mempunyai hubungan dgn empat mangsa lain




AIDANA BAIZIEVA ADALAH SAHABAT JURUTERBANG HELIKOPTER | Identiti mangsa ke-6 AIDA BAIZIEVA yg maut dalam nahas helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yg statusnya “tidak diketahui” sebelum ini, sudah dikenal pasti & disahkan polis sebagai rakan kpd juruterbang helikopter yg turut terbunuh dlam nahas itu, Kapten Clifford William Fournier.

Aidana Baizieva, wanita berusia 25 tahun yang berasal dari Kyrgystan itu, dikatakan datang ke Malaysia sejak 2010 utk menyambung pengajian di Universiti Sunway.



Mangsa kemudiannya bertukar ke Universiti Lim Kok Wing, sebelum sekali lagi bertukar ke Kolej SEGI di ibu negara.



Difahamkan, mangsa berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dlam bidang pelancongan di kolej berkenaan, pada Oktober tahun lalu.



Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, berdasarkan keterangan sahabat & siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan Kapten Clifford dan beberapa kali mengikut juruterbang warga Amerika Syarikat itu melakukan penerbangan.



Beliau berkata demikian kepada pemberita di lokasi nahas, pada Selasa.

Abdul Samah turut memaklumkan, hasil siasatan polis mendapati, tiada bukti lain yang menunjukkan wanita itu mempunyai hubungan dengan empat mangsa lain yang turut terkorban dalam tragedi berkenaan.



Mangsa lain yang terkorban dalam nahas itu adalah Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran; Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seang.



Kesemua mangsa dalam perjalanan menuju ke Subang, Selangor, selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang, sebelum helikopter milik sebuah syarikat swasta yang dinaiki mangsa terhempas di Semenyih, pada petang Sabtu lalu.



sumber : therakyatpost.com




0 Response to "AIDANA BAIZIEVA ADALAH SAHABAT JURUTERBANG HELIKOPTER"

Post a Comment