Senarai Harga Rokok Naik Akibat GST Disahkan Palsu


KUALA LUMPUR 25 Mac - Syarikat pengeluar rokok, British American Tobacco (BAT) Malaysia menafikan dakwaan mengeluarkan senarai harga baharu beberapa jenama rokok keluaran mereka yang mula tersebar di laman sosial, Facebook, sejak semalam.



BAT dalam satu kenyataan berkata, senarai harga yang tersebar adalah palsu dan susulan itu pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.



“Kami telah membuat laporan polis mengenai penyebaran berita palsu berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



“Oleh itu, kami meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan berita tersebut dan berhenti serta tidak menyebarkannya lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi Malaysian Digest.



Semalam, tersebar satu senarai pelarasan harga rokok baharu yang menimbulkan kegusaran dalam kalangan pengguna laman sosial yang akan dinaikkan bermula 1 April ini sempena pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).



Menurut berita palsu tersebut, harga sekotak rokok yang megandungi 20 batang meliputi beberapa jenama seperti Dunhill, Kent, dan Benson & Hedges telah mengalami kenaikan sebanyak RM2.50 menjadikan harga pada RM16 sekotak.

0 Response to "Senarai Harga Rokok Naik Akibat GST Disahkan Palsu"

Post a Comment