Rafizi Layak Digelar Pembohong No 1 Malaysia


KUALA LUMPUR 25 Mac - Tomahan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyelia pembelian jet kerajaan A320 baru hanyalah tuduhan liar.



Pegawai Tugas Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor berkata, Rafizi tidak lari dengan trend politik murah pakatan pembangkang dengan mengaitkan apa sahaja isu terhadap isteri Perdana Menteri.



"Saya pula nak cabar Rafizi Ramli tunjuk bukti dan bersumpah bahawa Datin Seri Rosmah menyelia kerja (pembelian A320) yang beliau (Rafizi) sebut! (kalau dia anak jantan lah, kalau tak seperti kita semua sedia maklumlah).



"Jika beliau gagalh menunjukkan sebarang bukti kukuh dan bersumpah, jelaslah beliau layak digelar PEMBOHONG No, 1 Malaysia. Macam ini ke kualiti bekas pelajar MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar)?," soalnya kepada Rafizi menerusi laman sosial Facebooknya, hari ini.



Rafizi sebelum ini mendakwa Rosmah ke Indianapolis selama tujuh hari sewaktu suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jelajah bantuan rakyat sewaktu negara dilanda banjir tahun lepas.



Dakwa Rafizi, Rosmah menaiki jet kerjaan untuk ke Indianapolis bagi menyelia pembelian jet baru.



"NO! NO! NO! TAK ADA! Datin Seri Rosmah tidak berada di Indianapolis sepertimana TUDUHAN LIAR YB Pandan," tegas Rizal lagi.

0 Response to "Rafizi Layak Digelar Pembohong No 1 Malaysia"

Post a Comment