Padah Satira Soal Hudud: Aisyah Terima Ancaman Bunuh






STESEN radio BFM dan Projek Dialog kesal dengan serangan peribadi dilakukan ke atas penyampai video Hudud Isi Periuk Nasi?, Aisyah Tajudin yang dikeluarkan pihak mereka di Youtube, semalam.



Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Aisyah dikatakan telah menerima ancaman bunuh dan rogol selepas muncul dalam video berkenaan.

VIDEO: Minah Melayu Ni Kutuk Hudud Atau Hina Islam?



Menurut kenyataan berkenaan lagi, Aisyah bukanlah penyampai tetapi hanyalah pengganti untuk video tersebut sahaja.



“Dia juga bukan penulis skrip video berkenaan dan sebarang pandangan yang diutarakan tidak mencerminkan pendirian peribadinya mengenai isu berkenaan.



“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dan ancaman yang dilakukan ke atas Aisyah yang mana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga tidak melambangkan masyarakat yang aman dan bertolak ansur di negara ini,” lapor kenyataan tersebut.



Stesen radio terbabit turut memohon maaf dan menjelaskan mereka tidak mempunyai niat untuk mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud sebaliknya hanya meminta penonton mempertimbangkan persoalan yang timbul di sebalik pelaksanaannya sahaja.





“Kami ingin memohon maaf jika ada kesalahan timbul dah telah mengambil keputusan untuk memadam video berkenaan yang mungkin menyinggung perasaan orang ramai,” ujar stesen radio terbabit, dalam satu laporan dikeluarkan portal The Rakyat Post.







0 Response to "Padah Satira Soal Hudud: Aisyah Terima Ancaman Bunuh"

Post a Comment