"Nazim Othman" - Akui Takut Dibedah, Risau Hilang sesuatu








Pelakon Nazim Othman, akhirnya membuat pendedahan mengenai penyakitnya itu bukanlah kanser atau tumor seperti mana yang digembar-gemburkan di media sosial.

Nazim menjelaskannya dengan panjang lebar di program Bual Bicara HLive Apa Kata Malaysia bersama Datuk Aznil Hj Nawawi semalam.

“Apa yang saya boleh kongsikan kepada semua, saya bukan penghidap kanser, ia hanya ketumbuhan biasa di bahagian otak dan selamat dibedah.

“Sebelum menjalani pembedahan iaitu sebelum 6 Mac yang lalu, perasaan saya sangat takut dan gentar kerana bimbang diri ini dihidapi penyakit kanser.

“Alhamdulilah pembedahan saya berjalan lancar dan doktor yang merawat saya mengesahkan ketumbuhan itu adalah ketumbuhan biasa, namun saya tidak boleh terlalu selesa,rawatan susulan perlu dibuat demi kesihatan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nazim turut berkongsi punca rasa sakitnya itu sehinggalah menjalani pembedahan.

Menurutnya pada permulaan dia berasa demam panas dan rasa sakit di bahagian kepala yang amat sangat.

“Sampai satu tahap saya hubungi sendiri ambulans untuk membawa saya ke hospital, saya tak nak orang lain tahu apa yang berlaku terhadap diri saya.

“Setelah membuat pemeriksaan menerusi MRI, doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di bahagian kepala telah membengkak, pembedahan perlu dibuat agar tidak melarat ke bahagian lain,” kata Nazim.

Nazim kini semakin berisi disebabkan ubat-ubatan yang diambil serta luka dibahagian kepala masih belum kering kerana ia bukan dijahit tetapi hanya di ‘staple’.

Dengan kesempatan itu juga, dia berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dirinya dan sedang berkira-kira sama ada mahu teruskan dalam dunia lakonan atau pun tidak.

0 Response to ""Nazim Othman" - Akui Takut Dibedah, Risau Hilang sesuatu"

Post a Comment