KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan membeli sebuah lagi jet peribadi baharu
didakwa akan menimbulkan kemarahan rakyat di kala rakyat terpaksa
berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat terpaksa menanggung
cukai baharu yang sebahagiannya akan digunakan pembelian sebuah lagi jet
peribadi ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak menggambarkan sikap tidak peduli beliau terhadap kesempitan hidup
rakyat.
"Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian
jet baharu ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi
baharu untuk Najib dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet
Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi
sedia ada iaitu ACJ319.
"Penggunaan jet peribadi ACJ319 sahaja sudah melibatkan kos sebanyak
RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam
bentuk kos penyelenggaraan. Tindakan membeli jet peribadi baharu ini
sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa
berdepan dengan pelaksanaan GST," dakwanya pada sidang media di lobi
Parlimen, hari ini.
Rafizi ketika membuat pendedahan itu di lobi Parlimen menambah, rakyat
kini terpaksa menanggung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau dalam pada itu turut mendedahkan salinan bukti pembelian jet peribadi tersebut.
sumber : sinarharian.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Beli jet baharu boleh cetus kemarahan rakyat"
Post a Comment