Memang mengejutkan! Rupa-rupanya, individu yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar, melakukan perkara lebih jijik terhadap bekas anak tirinya sendiri ketika individu tersebut masih kecil.
Jikalau Tegar mendedahkan bahawa Arif Dollah memaksanya tidur dengan cuma mengenakan seluar dalam dan mandi bogel bersama, Sufie Rashid yang merupakan penyanyi Singapura pula mendakwa dipaksa melakukan seks oral!
[BACA INI: Pengakuan Eksklusif: Tegar Mengaku Dicabul Bekas Pengurus]
“Saya tampil pada malam ini (tadi) kerana saya juga pernah menjadi mangsa dia malah apa yang diperlakukan terhadap saya lebih teruk berbanding yang Tegar alami,” ujarnya yang kini berusia 24 tahun.
Ujar penyanyi kelahiran Singapura itu, walaupun peristiwa hitam tersebut berlaku sebelas tahun lalu, namun dendamnya terhadap bekas bapa tirinya itu tidak pernah padam.
Memetik kenyataannya dari sidang media yang dibuat semalam, “Sudah lama saya pendam semua ini. Saya nekad tampil mendedahkan segala perbuatan keji dia kerana tidak sanggup melihat orang lain terus menjadi mangsanya.
“Saya cuba memberanikan mengambil langkah ini selepas mendengar sendiri kisah Tegar ditipu dan sejak itu saya juga yakin ada sesuatu yang tidak kena berlaku ke atasnya.
“Kebetulan saya juga mengenali wakil pihak pengurusan Tegar iaitu Ali dan selepas berbincang dengannya saya dibawa bertemu Tegar.
“Apa yang berlaku kepada saya sebelum ini saya ceritakan Tegar dan disebabkan itu Tegar akhirnya berani membuka mulut berterus terang terhadap apa yang berlaku.”
Sementara itu, menceritakan pengalaman sendiri, Sufie berkata, ia merupakan tindakan yang sangat melampau dan meninggalkan impak terhadap dirinya sehingga terpaksa menjalani kaunseling.
“Apa yang dia lakukan terhadap saya sangat melampau sehingga sudah ke tahap suami dan isteri. Ketika itu saya berusia 13 tahun dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak ada sokongan.
[BERKAITAN: Pengurus Nafi Cabul Tegar, Dakwa Cerita Sengaja Direka]
“Saya ada cuba memberitahu ibu tapi dia tidak percaya tambahan pula ketika itu Arif sudah berkahwin dengannya malah saya pula dituduh untuk mereka cerita. Arif seorang yang licik kerana dia pandai memanipulasikan cerita.”
Arif yang pernah menjadi pengurus Sufie, turut berkahwin dengan ibunya dan perlakuan sumbang tersebut dikatakan berlanjutan selama setahun.
Ish, kalau betullah apa yang didakwa Sufie Rashid dan Tegar, nampaknya pihak berkuasa perlu menahan lelaki ‘gila seks luar tabii’ itu dengan segera!
- MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Bekas Anak Tiri Arif Dollah Dedah Rahsia, Pernah Dipaksa Seks Oral"
Post a Comment