Anggota Askar/Tentera Makan Haiwan Haram Semasa Menjalani Latihan Survival?



Sebuah laman Facebook Listen Listen Original pada 31 Mei lpas mempersoalkan beberapa keping gambar yg memaparkan beberapa anggota tentera yg tidak diketahui drpd negara mana menikmati makanan di dalam hutan.



Menurut Facebook berkenaan, ia mendakwa anggota tentera berkenaan mungkin dari Malaysia and dilihat menjalani latihan memakan benda ‘haram’ sebagai latihan ketika darurat.



G@mbar itu dikatakan dipaparkan pd mulanya di laman web maahadsas.edu.my mengatakan bahawa para anggota itu diberi latihan kelangsungan hidup atau bagaimana cara utk menangkap, memasak serta memakan.



“Antara binatang yang kelihatan ialah monyet, katak and beberapa binatang liar yang lain,” katanya.

Di status Facebook berkenaan turut dipaparkan persoalan apakah tujuan sebenar latihan sebegitu diadakan dan ia dirujuk pula kepada kemungkinan latihan seorang ibu yg terdesak masalah kewangan untuk menjadi pelacur.



“Adakah ini latihan untuk menghadapi situasi darurat atau terdesak? Apakah selepas ini akan ada pula latihan melacur untuk ibu yang terdesak keputusan bekalan susu anak.

“Dr Mashitah dalam ruang soal jawab akhbar Harian Metro bertarikh 19 Jun 2005 mengatakan, dalam keadaan biasa memang melacur itu haram, tetapi jika terdesan and darurat ia dimaafkan,” katanya.



Selepas puas memberikan soalan berbaur provokasi baru laman Facebook itu memohon pencerahan daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu gambar anggota tentera memakan haiwan yang pelik-pelik yang didakwa haram itu.



“Apakah perlu dilatih makan benda haram dalam keadaan darurat? Bagaimana pula jika latihan terebut dalam bulan Ramadhan, kerana orang berpuasa dalam bulan Ramadhan pun dibolehkan berbuka puasa sekiranya dalam keadaan darurat?,” katanya.






** Mintak pencerahan dari Ustaz/ustazah tentang perkara ini



sumber http://ift.tt/1BZz4zJ

0 Response to "Anggota Askar/Tentera Makan Haiwan Haram Semasa Menjalani Latihan Survival?"

Post a Comment