37 GAMBAR: Majlis Pernikahan Sharifah Sakinah Dan Aliff Adha

Pelakon sensasi Sharifah Sakinah dan Aliff Adha telahpun selamat bernikah petang tadi. Pasangan ini diijabkabulkan di Hotel Shangri-La, Putrajaya pada pukul 5.56 petang.



Ini komen Sharifah Sakinah:



“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya berasa gembira kerana akhirnya bergelar isteri kepada Aliff, lebih-lebih lagi apabila ayah saya sendiri yang menikahkan saya.”



Ini pula komen Aliff Adha:



“Saya rasa bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada keluarga dan keluarga mertua yang hadir pada petang ini.”



Tema perkahwinan adalah ala-ala garden dan warna putih. Memang cantik dan santai.



Hantaran pula, Sakinah menerima tujuh dulang hantaran dan kesemuanya merupakan kasut berjenama Adidas dengan rekaan yang berbeza. Ada 7 pasang kasut Adidas. Memang unik dan menjadi perhatian tetamu yang hadir,



Pihak lelaki pula menerima 9 dulang hantaran terdiri dari cincin, Al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.



Majlis pernikahan Sharifah Sakinah dan Aliff Adha dihadiri oleh keluarga terdekat serta rakan-rakan artis seperti Marsha Milan, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Siti Saleha, Sherry Al-Hadad, Nabila Huda, Liza Abdul, Nad Zainal dan Tasha Shila.



sumber: pepatung

















Dapatkan TIKET Konsert FREE (KLIK SINI)












































































































Dapatkan TIKET Konsert FREE (KLIK SINI)







































































































































































0 Response to "37 GAMBAR: Majlis Pernikahan Sharifah Sakinah Dan Aliff Adha"

Post a Comment