Salasilah Keturunan Tok Guru Nik Aziz Yang Mengejutkan

Salasilah Keturunan Tok Guru Nik Aziz Yang MengejutkanSalasilah Keturunan Tok Guru Nik Aziz Yang Mengejutkan
Tak kenal maka tak cinta, itulah peribahasa yang sesuai digunakan dalam artikel yang ditulis kali ini. Seorang tokoh negara yang sangat disayangi oleh semua tidak kira dari mana-mana penyokong parti politik iaitu Tok Guru Nik Aziz merupakan seorang yang sangat disegani.
Tok Guru Nik Aziz pernah tersenarai di antara 100 pemimpin yang terpengaruh di dunia. Ini sudah pasti membuatkan ramai mengagumi ketokohan beliau sebagai pemimpin dan ulamak.
Tanggal 12 Februari 2015, detik sedih buat semua rakyat Malaysia apabila Tok Guru Nik Aziz meninggalkan kita buat selama-lamanya. Maka hilanglah satu lagi permata negara yang sukar untuk ditukar ganti. Seorang demi seorang ulamak yang disegani di negara Malaysia telah meninggal dunia.
Apabila ulamak meninggal dunia maka sedikit demi sedikit ilmu akan diangkat ke langit. Inilah perkara yang paling ditakuti oleh golongan agamawan.
Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah insan yang sangat hebat dengan ketinggian ilmu agamanya. Ini membuatkan ramai yang menghormatinya dalam kalangan kawan atau lawan. Apa yang mengejutkan baru-baru ini, seorang pengguna facebook mendedahkan salasilah keturunan Tok Guru Nik Aziz.
Allahyarham Tok Guru Nik Aziz mempunyai salasilah keturunan yang sangat hebat. Gambar di bawah ini menunjukkan salasilah keturunan Tok Guru. Gambar ini merupakan ihsan dari Pengetua Pusat Sejarah Brunei Darusslam iaitu Dato’ Seri Utama Dr Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri.
1
2
3

0 Response to "Salasilah Keturunan Tok Guru Nik Aziz Yang Mengejutkan"

Post a Comment